Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Drama Awak Sangat nakal merupakan drama adaptasi novel. Drama Awak Sangat Nakal dilakonkan oleh Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad. Bersiaran di saluran 104 Astro Ria, setiap hari isnin hingga khamis. Berikut kami kongsikan sinopsis drama Awak Sangat Nakal.
sinopsis drama awak sangat nakal

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal


Drama ini mengisahkan Erine Johanna (ayda jebat) bertemu Johan Rizqin (Sharnaaz Ahmad) ketika mengikut balik ke kampung Mak Munah iaitu orang gaji keluarganya. 

Ketika berada di kampung Erine Johanna bertemu Johan Rizqin menyebabkan dia ingin tinggal terus di kampung kerana minat kepada Johan Rizqin.

Johan telahpun bertunang dengan Ain Humairah, membuatkan dia tidak berasa senang kerana asyik disuik oleh Erine Johanna.

Kerana kerap bertemua, Johan mula menyimpan perasaan kepada Erine Johanna.

Erine juga mula jatuh hati pada Johan tetapi dia tidak dapat menerima cinta Johan kerana dia merasakan seolah dia menjadi penghalang amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan.

Sikap nakal dan ingin tahu yang ada pada diri Erine membuatkan dia berjaya merungkai banyak rahsia yang berjaya disimpan oleh Mak Munah selama hampir 30 tahun. Demi untuk menyelamatkan Johan dari dibunuh, Erine merancang dan membuat satu pakatan sulit.

Hebatkah rancangan Erine atau ia akan membuatkan masalah bertambah parah? Ingin tahu kesudahannya selepas membaca Sinopsis Awak Sangat Nakal, jangan lupa tonton Drama Awak Sangat Nakal di saluran Astro Ria.

Semoga sinopsis drama Awak Sangat Nakal ini dapat membantu anda memhami perjalanan cerita drama ini.


0 comment... add one now