Sinopsis Drama Sumpah Ibu TV9

Drama Sumpah Ibu merupakan drama terbaru yang menghiasi slot Azalea TV9. Drama ini merupakan arahan pengarah Rusdi Ramli dan dibawah syarikat terbitan A.Aida Productions. Berikut kami kongsikan Sinopsis Drama Sumpah Ibu ini.

Sebelum itu, Drama ini mula bersiaran pada 8 Januari setiap Selasa hingga Ahad pukul 8:30 malam dan sebanyak 20 episod.
sinopsis drama sumpah ibu

Sinopsis Drama Sumpah Ibu TV9

Drama Sumpah Ibu mengisahkan Intan (Adiba Yunus)  seorang gadis yang ingin keluar dari kemiskinan hidup dan belajar bersungguh-sungguh. Tanggungjawab berat tergalas dibahunya setelah ayahnya lumpuh. Intan juga mempunyai seorang abang , Fauzi (Faiz Tapaw) seorang OKU dan seorang adik bernama Farhan (Nafiez Zaidi). Haris (Chomatt Samad) pula kerupakan kekasih Intan yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.


Intan mulai lupa akan jasa Ibunya dan juga keluarganya membantunya melanjutkan pelajaran seterusnya mendapatkan kerja yang bergaji tinggi. Apakah Intan akan terus hanyut dibuai kesenangan dan melupakan keluarganya? Ataupun Intan akan kembali ke pangkal jalan dan sedar akan tujuan utamanya adalah untuk membantu kelaurga keluar dari kemiskinan.

Sama-sama kita saksikan.

Semoga sinopsis Drama Sumpah Ibu ini dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jalan ceritanya.

0 comment... add one now